Penjelajahan Zuhal Zuhal

Lintasan Pioneer 11

Zuhal dilawati pertama kali oleh Pioneer 11 pada tahun 1979. Ia melintasi sekitar 20,000 km dari atas awan planet. Imej resolusi rendah planet dan beberapa bulannya diambil. Bagaimanapun, resolusinya tidak cukup bagus untuk memastikan ciri-cirinya. Kapal angkasa itu juga mengkaji gelang; antara jumpaan lain adalah gelang-F nipis dan fakta bahawa ruang gelap antara gelang menjadi terang apabila dilihat kearah Matahari, ataupun dalam kata lain, ia mempunyai jisim dan bukannya vakum semata. Kapal angkasa Pioneer 11 juga mengukur suhu Titan.

Lintasan Voyager

Pada November, 1980, kuar Voyager 1 melawat sistem Zuhal. Ia menghantar balik imej planet, gelang, dan satelit revolusi tinggi yang pertama. Ciri-ciri permukaan pelbagai bulan dilihat buat pertama kali. Voyager 1 melaksanakan lintasan hampir dengan bulan Titan telah menambah pengetahuan kita mengenai atmosphere bulan. Bagaimanapun, ia juga membuktikan bahawa atmosphere Titan tidak dapat ditembusi gelombang cahaya penglihatan, oleh itu dengan itu permukaan Titan tidak dapat dilihat. Lintasan ini juga menukar haluan kapal angkasa keluar daripada dataran planet dalam sistem suria.

Hampir setahun kemudian, pada Ogos 1981, Voyager 2 menyambung kajian mengenai sistem Zuhal. Lebih banyak gambar dekat bulan Zuhal dihasilkan, termasuk juga bukti pertukaran pada atmosphere dan gelang. Malangnya, ketika lintasan lalu, kamera kuar terlekat dan sebahagian penggambaran yang dirancang gagal. Graviti Zuhal digunakan bagi mengarah haluan kapal angkasa kearah (Uranus).

Kuar itu menjumpai dan mengesahkan beberapa satelit baru mengelilingi berhampiran atau antara gelang planet. Ia juga menjumpai renggangan Mawxell dan Keeler yang kecil.

Pengorbit Cassini

Zuhal dalam warna aslinya, dilihat dari Cassini

Pada 1 Julai 2004, kapal angkasa Cassini-Huygens melaksanakan pergerakan Selitan Orbit Zuhal - SOI (Saturn Orbit Insertion) dan memasuki orbit mengelilingi Zuhal. Sebelum SOI Cassini telah mengkaji sistem tersebut dengan teliti. Pada Jun 2004, ia telah melaksanakan lintasan hampir dengan Phoebe menghantar balik imej dan data beresolusi tinggi. Pengorbit (orbiter) menyempurnakan dua lintasan Titan sebelum membebaskan kuar Huygens pada 25 Disember 2004. Huygens mendarat pada permukaan Titan pada 14 Januari 2005 dan menghantar banyak maklumat semasa melalui atmosphera dan selepas pendaratan. Sehingga 2005, Cassini sedang melaksanakan lintasan berterusan melalui Titan dan satelit beku. Misi utama berakhir pada 2008 apabila kapal angkasa telah menamatkan 74 orbit mengelilingi planet.

Untuk maklumat dan berita terkini, lihat Laman Cassini.